Sentimen Nusantara Sang_Saka_Malaya

Penggunaan warna merah-putih pada bendera di negeri-negeri Nusantara telah digunakan sejak dari sebelum kurun ke 13 lagi seperti yang terdapat pada panji-panji kerajaan Majapahit. Apabila Indonesia dijajah oleh Belanda selama 340 tahun, Indonesia dipaksa memakai bendera Belanda dengan tiga baris warna merah-putih-biru. Sebagai lambang penentangan penjajahan itu, pemuda revolusi mengoyakkan baris terakhir berwarna biru dari bendera Belanda pada kejadian 'Peristiwa Hotel Yamato' pada tahun 1945. Warna biru pada bendera penjajah itu dianggap melambangkan 'blue blood' atau darah mulia penjajah dari Barat, sepertimana terdapat pada bendera Belanda, Inggeris (Union Jack), Perancis dan Amerika Syarikat. Warna merah dianggap melambangkan tumpah darah sepanjang perang kemerdekaan dan warna putih dianggap melambangkan kesucian rakyat. Bagi masyarakat Nusantara, kedaulatan raja-raja dizahirkan melalui warna kuning.[15]

Rujukan

WikiPedia: Sang_Saka_Malaya http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/09/1947-sang... http://www.freemalaysiakini2.com/?p=44745 http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://www.klpos.com/analisis/14841 http://www.malaysiakini.com/news/207903 http://www.malaysiandigest.com/news/97881-i-design... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/... http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/ar... http://www.utaranews.com/2012/09/sang-saka-malaya-...